5 posts tagged “pru 12”
1. Berjaya menaikkan harga barang yang kian mendera rakyat
2. Berjaya menggalakkan jenayah supaya terus subur
3. Berjaya melahirkan pemimpin yang korup
4. Berjaya menjadikan Malaysia lembik dan bacul dalam segenap hal
5. Berjaya melantik PM yang suka bohong, kaki tidur, tak jujur, tak bijak
6. Berjaya membuatkan Khairy lebih berkuasa dari PM
7. Berjaya menekan Kelantan, hanya kerana ianya diperintah pembangkang
8. Berjaya mewujudkan ECER, untuk menyapu tanah rezab Melayu
10. Berjaya meruntuhkan masjid dan surau, dengan alasan
ada kaitan dengan pengganas
11. Berjaya melariskan perniagaan , ajaran sesat dan politik
12. Berjaya mencipta akta OSA & ISA, hadiah kepada rakyat yang berkata benar
13. Berjaya membuatkan orang melayu tiada identiti, meniru orang lain dalam segenap segi
14. Berjaya membina menara berkembar Petronas, walaupun kontraktornya dari Korea Selatan dan Jepun
Wallahu'alam
Dewan Madinatul Ilmi, Kbg
Kerian,
Jumaat, 1 Februari 2008, 9.30
mlm
Menyedari pilihanraya kian hampir, Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian hari ini mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi mengelak ahli-ahlinya mengamalkan budaya bekerja di saat akhir. Ketua Pemudanya, Mohd Nuri Mat Yaacob berkata, mulai dari saat & detik ini jentera pemuda perlu bersiap sedia dari segenap segi bagi mengekalkan kerajaan Islam ini.
Beliau berkata, disamping itu juga, jentera di setiap peringkat perlu memainkan peranan yang penting kerana selain mengenalpasti senarai pengundi, mereka juga mesti peka dengan isu-isu tempatan yang perlu diselesaikan segera sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah, ADUN Demit, Ust Mohd Daud Al Iraqi, ADUN Pasir Tumbuh, Ust Baihaki Hj Atiqullah dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Sdr Mohd Ridza Hj Zain. Pelancaran jentera pilihan raya itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang pemuda dari ketiga-tiga DUN. Sementara itu, Sdr Ridza dalam ucapan perasmiannya menyeru kepada semua pejuang agama Allah agar berganding bahu serta mengagih-agihkan kerja dengan sebaiknya untuk memenangi hati pengundi.
Simbolik kepada pelancaran Gerakkerja Jentera Pilihanraya itu juga, diagihkan kain lilit kepala dan gelang getah BERSIH kepada setiap Ketua Pemuda DUN. Program seterusnya diteruskan dengan bacaan ikrar taat setia & semangat juang yang dipimpin oleh Ust Abd Fatah, Ketua Pemuda Pasir Tumbuh. Jelas sekali perlaksanaan program ini telah berjaya menepati sasaran dan menampakkan semangat juang yang jitu dikalangan anak-anak muda dalam Parlimen Kubang Kerian.
Takbirr..
Terkini? PM mengadakan sidang akhbar secara mengejut pada jam 12.30 tengahari ini untuk mengumumkan pembubaran Parlimen. Kelihatannya agak tergesa-gesa. Hanya semalam, Abdullah menolak spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini.
“Bukan, bukan esok,” kata PM kepada wartawan semalam.
Nampaknya dia dah menipu. Penipuan ini bukan lah kali pertama, bermula dengan istilah "Berkerjalah bersama-sama saya, jangan berkerja untuk saya". Hari ini sekali lagi, Abdullah Badawi berbohong kepada rakyat. Sekejap tidak, sekejap bubar, sekejap tidak, sekejap bubar. Kalau PM dah namanya kaki penipu, apa nak diherankan kalau menterinya pun penipu.
Siakap senohong gelama ikan duri, mula-mula cakap bohong, tapi lama lama mencuri. Itulah Abdullah Badawi, Imam Besar Islam Hadhari.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah.. Blog ini berjaya juga diwujudkan sebagai kesinambungan kepada laman DPPKK yang asal. Ianya juga merupakan satu langkah permulaan untuk mencatatkan segala pemikiran, aktiviti, idea pimpinan. Disamping itu juga segala kezaliman, kedurjanaan & kejahatan UMNO akan di selongkar satu persatu.
Semua bahan-bahan berita dan bacaan lainnya yang didatangkan dari pelbagai sumber sebagai maklumat, khusus untuk memastikan bahawa para pembaca dapat mengetahui isu - isu semasa dari dalam dan luar negara.
Namun begitu, semua artikel yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendirian DPPKK kecuali ianya dinyatakan. Wallahu’alam