SILAPNYA..UNDI BESAR DIBERI KPD MEREKA..
Sumber, Harakah Daily
(......) Menurutnya, mandat yang terlalu besar ini menjadikan mereka korup dan tidak menghiraukan permasalahan rakyat. Mereka tidak hiraukan kebajikan rakyat, tak endahkan sengsara rakyat, tak ambil peduli masalah kenaikan harga barang, yang mereka fikir dalam PRU rakyat akan tetap mengundi mereka.
"Wakil-wakil rakyat Umno/BN menggunakan mandat rakyat yang besar ini untuk kepentingan politik dan peribadi mereka," Salahuddin mengingatkan para hadirin bahawa orang-orang Melayu telah melakukan kesilapan besar dalam politk apabila memberikan mandat kepada Umno walhal nasib bangsa dan agama langsung tidak dipedulikan.
"Berbeza dengan bangsa lain seperti Cina dan India, mereka bijak dalam berpolitik. Mereka mampu bersatu menuntut hak bangsa, agama dan budaya mereka tanpa mengira perbezaan politik.
"Apa jadi dengan bangsa Melayu? Hasil pemerintahan Umno, hak-hak orang Melayu semakin terhakis satu persatu. Kita hilang biasisiwa, hilang Sekolah Agama Rakyat, hilang tulisan Jawi, kita hilang akhbar Utusan Melayu. Katanya lagi, "Jangan pandang remeh matinya Utusan Melayu ini, ertinya bangsa Melayu dah hilang separuh badan. Hasilnya generasi sekarang buta Jawi. Buta jawi ertinya buta al-Quran," jelasnya.
.