PEMBUBARAN PARLIMEN :- PM MENIPU LAGI
Terkini? PM mengadakan sidang akhbar secara mengejut pada jam 12.30 tengahari ini untuk mengumumkan pembubaran Parlimen. Kelihatannya agak tergesa-gesa. Hanya semalam, Abdullah menolak spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini.
“Bukan, bukan esok,” kata PM kepada wartawan semalam.
Nampaknya dia dah menipu. Penipuan ini bukan lah kali pertama, bermula dengan istilah "Berkerjalah bersama-sama saya, jangan berkerja untuk saya". Hari ini sekali lagi, Abdullah Badawi berbohong kepada rakyat. Sekejap tidak, sekejap bubar, sekejap tidak, sekejap bubar. Kalau PM dah namanya kaki penipu, apa nak diherankan kalau menterinya pun penipu.
Siakap senohong gelama ikan duri, mula-mula cakap bohong, tapi lama lama mencuri. Itulah Abdullah Badawi, Imam Besar Islam Hadhari.