DEMAM PRU 12..
Sumber......cikgunurionline.worpress.com
RAMALAN & KEMUNGKINAN
Berbalik kepada ramalan PRU. Antara alasan lain mengapa PRU 12 pada Februari ialah kerana pada waktu tersebut PM tidak mempunyai program di luar negara setelah pulang dari Switzerland bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia. Sementara awal Mac Paklah akan ke Senegal untuk menyerahkan kerusi Presiden OIC kepada negara yang berikutnya.
Selain itu juga, SPR dijadualkan melengkapkan roadshow mereka pada 29 Januari 2008 dengan menjadikan negeri Perak menjadi destinasi terakhir. Katakan apa sahaja, baik askar, bomba, guru, FRU, doktor, kakitangan kerajaan malahan polis juga telah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa. Dan waspadalah, mungkin segelintir dari mereka ini akan digunakan dengan sebaiknya UMNO untuk berkuasa.
Renungkanlah juga kepada peranan media kebelakangan ini. Semuanya menyiarkan rayuan, pujian, kesediaan serta kesanggupan pemimpin UMNO dalam pelbagai karenah. Ada yang minta tidak dicalonkan, ada yang sebaliknya. Sungguh memualkan…kenyataan itu, kenyataan ini.
Walaubagaimanapun, mungkin kita boleh belajar sesuatu dari semua ini. Bagi saya, kalau pemimpin UMNO boleh menerima hakikat mereka tidak dicalonkan maka apalah kurangnya kepada PAS. Kita sepatutnya lebih boleh menerimanya kerana kita berjuang untuk mendapat keredhaan Allah SWT bukan kerana pangkat dan gelaran yang kita ada. Di tambah lagi kita yang memimpin sebuah perjuangan Islam dengan menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai contoh ikutan yang terbaik.
AWAS..MASA KIAN SINGKAT
Secara simboliknya, ianya menjadi ukuran kepada kita bahawa PRU telah hampir. Andainya betul semua ramalan ini, maka saya merasakan masa yang ada kepada pembangkang untuk menyiapkan semua jentera mereka adalah amat suntuk dan memerlukan tindakan yang pantas dan segera. Teruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir.