APA AGENDA KU LI?
ASSALAMUALAIKUM..
Kenalkah anda dengan Ku Li? Ya, Tengku Razaleigh Hamzah.
Mungkin kerana ingin menjadi calon sekali lagi maka, dia sanggup membodek. Dengan tujuan supaya Pak Lah memilihnya kembali. Matlamat menghalalkan cara! Setelah sekian lama membisu, Ku Li akhirnya bersuara kembali dengan menghentam pembangkang habis-habisan. Kalau sebelum ini ucapannya dilihat seolah-olah selari dengan PAS. Kini, tidak lagi.
Apapun, mungkin beliau merasakan Gua Musang sudah tidak selamat lagi maka belangnya mesti ditunjukkan agar terbukti yang beliau benar-benar anti dengan pembangkang. Semalam pemimpin yang suka melompat parti ini, menyatakan bahawa pengalaman Parti Semangat 46 (Semangat 46) yang pernah bekerjasama dengan Pas selama dua penggal sejak 1990 membuktikan yang parti itu tidak mampu melakukan apa yang dirancang untuk rakyat, kata bekas Presiden Semangat 46 yang bacul dan tidak punya modal untuk menghentam PAS.
Beliau berkata, sepanjang tempoh itu banyak perkara yang melibatkan kebajikan rakyat tidak terlaksana menyebabkan rakyat naik muak dengan janji-janji yang dibuat. Tengku Razaleigh yang juga anggota Parlimen Gua Musang berkata, kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini yang berjanji akan menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan sekiranya parti itu menang dalam pilihan raya umum ke-12, merupakan satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.
Apakah buta mata dan gelap hati
sehingga menafikan kejayaan PAS menjalankan banyak program kebajikan untuk
rakyat antaranya Skim Kifaalah, program untuk armalah, cuti bersalin dan
pelbagai lagi program yang langsung tidak terfikir oleh kerajaan pusat dan
kerajaan negeri-negeri lain. Tidak nampakkah dia atau pura-pura tak nampak!