• Explore Vox
  • Culture
  • Entertainment
  • Life
  • Music
  • News & Politics
  • Technology
  • Join Vox
  • Take a Tour
  • Already a Member? Sign in
P.024

LAMAN PILIHANRAYA PEMUDA PAS KBG KERIAN

berjuang menangkis serangan, bersama pertahankan kemenangan

  • P.024’s Blog
  • Profile
  • Neighbors
  • Photos
  • More 
    • Audio
    • Videos
    • Books
    • Links
    • Collections

APAKAH KEJAYAAN UMNO?

  • Feb 20, 2008
  • Post a comment

1. Berjaya menaikkan harga barang yang kian mendera rakyat
2. Berjaya menggalakkan jenayah supaya terus subur
3. Berjaya melahirkan pemimpin yang korup
4. Berjaya menjadikan Malaysia lembik dan bacul dalam segenap hal
5. Berjaya melantik PM yang suka bohong, kaki tidur, tak jujur, tak bijak
6. Berjaya membuatkan Khairy lebih berkuasa dari PM
7. Berjaya menekan Kelantan, hanya kerana ianya diperintah pembangkang
8. Berjaya mewujudkan ECER, untuk menyapu tanah rezab Melayu
10. Berjaya meruntuhkan masjid dan surau, dengan alasan ada kaitan dengan pengganas
11. Berjaya melariskan perniagaan , ajaran sesat dan politik
12. Berjaya mencipta akta OSA & ISA, hadiah kepada rakyat yang berkata benar
13. Berjaya membuatkan orang melayu tiada identiti, meniru orang lain dalam segenap segi
14. Berjaya membina menara berkembar Petronas, walaupun kontraktornya dari Korea Selatan dan Jepun

Wallahu'alam


Post a comment Tags: umno, pru 12

INI SEMUA KERJA ORANG GILA..

  • Feb 18, 2008
  • Post a comment
Jom Tukar Kerajaan | Ini Semua Kerja Orang Gila 2

Post a comment Tags: pru 12

FAKTA PRU 2008

  • Feb 14, 2008
  • Post a comment

Fakta pilihanraya - (Perhatikan jumlah UNDI POS)

Hari mengundi                                  08 Mac (Sabtu)
Penamaan calon                               24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen                          13 hari
Jumlah pemilih berdaftar                    10,922,139
Pemilih awam                                   10,701,054
Pemilih pos                                      221,085
Jumlah parti politik berdaftar              30
Kos pilihan raya                                RM200 juta
Jumlah kakitangan SPR terlibat         149,000
Kakitangan sokongan                        50,000

AWAS....

PERKARA WAJIB - CELIK MATA, BUKA TELINGA. Berjaga jaga dengan jumlah undi pos, kakitangan SPR dan kakitangan sokongan.

Post a comment Tags: pru, umno, phentom voters

PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA

  • Feb 13, 2008
  • Post a comment

Dewan Madinatul Ilmi, Kbg Kerian,
Jumaat, 1 Februari 2008, 9.30 mlm

Menyedari pilihanraya kian hampir, Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian hari ini mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi mengelak ahli-ahlinya mengamalkan budaya bekerja di saat akhir. Ketua Pemudanya, Mohd Nuri Mat Yaacob berkata, mulai dari saat & detik ini jentera pemuda perlu bersiap sedia dari segenap segi bagi mengekalkan kerajaan Islam ini.


DSC00232
DSC00232

Beliau berkata, disamping itu juga, jentera di setiap peringkat perlu memainkan peranan yang penting kerana selain mengenalpasti senarai pengundi, mereka juga mesti peka dengan isu-isu tempatan yang perlu diselesaikan segera sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.


Turut hadir pada majlis berkenaan ialah, ADUN Demit, Ust Mohd Daud Al Iraqi, ADUN Pasir Tumbuh, Ust Baihaki Hj Atiqullah dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Sdr Mohd Ridza Hj Zain. Pelancaran jentera pilihan raya itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang pemuda dari ketiga-tiga DUN. Sementara itu, Sdr Ridza dalam ucapan perasmiannya menyeru kepada semua pejuang agama Allah agar berganding bahu serta mengagih-agihkan kerja dengan sebaiknya untuk memenangi hati pengundi.

Simbolik kepada pelancaran Gerakkerja Jentera Pilihanraya itu juga, diagihkan kain lilit kepala dan gelang getah BERSIH kepada setiap Ketua Pemuda DUN. Program seterusnya diteruskan dengan bacaan ikrar taat setia & semangat juang yang dipimpin oleh Ust Abd Fatah, Ketua Pemuda Pasir Tumbuh. Jelas sekali perlaksanaan program ini telah berjaya menepati sasaran dan menampakkan semangat juang yang jitu dikalangan anak-anak muda dalam Parlimen Kubang Kerian.

Takbirr..


Post a comment Tags: pru 12

PEMBUBARAN PARLIMEN :- PM MENIPU LAGI

  • Feb 13, 2008
  • Post a comment

Terkini? PM mengadakan sidang akhbar secara mengejut pada jam 12.30 tengahari ini untuk mengumumkan pembubaran Parlimen. Kelihatannya agak tergesa-gesa. Hanya semalam, Abdullah menolak spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini.

“Bukan, bukan esok,” kata PM kepada wartawan semalam.

Nampaknya dia dah menipu. Penipuan ini bukan lah kali pertama, bermula dengan istilah "Berkerjalah bersama-sama  saya, jangan berkerja untuk saya". Hari ini sekali lagi, Abdullah Badawi berbohong kepada rakyat. Sekejap tidak, sekejap bubar, sekejap tidak, sekejap bubar. Kalau PM dah namanya kaki penipu, apa nak diherankan kalau menterinya pun penipu.

Siakap senohong gelama ikan duri, mula-mula cakap bohong, tapi lama lama mencuri. Itulah Abdullah Badawi, Imam Besar Islam Hadhari.

Post a comment Tags: umno, pru 12, bubar parlimen

DEMAM PRU 12..

  • Feb 12, 2008
  • Post a comment

Sumber......cikgunurionline.worpress.com

RAMALAN & KEMUNGKINAN

Berbalik kepada ramalan PRU. Antara alasan lain mengapa PRU 12 pada Februari ialah kerana pada waktu tersebut PM tidak mempunyai program di luar negara setelah pulang dari Switzerland bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia. Sementara awal Mac Paklah akan ke Senegal untuk menyerahkan kerusi Presiden OIC kepada negara yang berikutnya.

Selain itu juga, SPR dijadualkan melengkapkan roadshow mereka pada 29 Januari 2008 dengan menjadikan negeri Perak menjadi destinasi terakhir. Katakan apa sahaja, baik askar, bomba, guru, FRU, doktor, kakitangan kerajaan malahan polis juga telah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa. Dan waspadalah, mungkin segelintir dari mereka ini akan digunakan dengan sebaiknya UMNO untuk berkuasa.

Renungkanlah juga kepada peranan media kebelakangan ini. Semuanya menyiarkan rayuan, pujian, kesediaan serta kesanggupan pemimpin UMNO dalam pelbagai karenah. Ada yang minta tidak dicalonkan, ada yang sebaliknya. Sungguh memualkan…kenyataan itu, kenyataan ini.

Walaubagaimanapun, mungkin kita boleh belajar sesuatu dari semua ini. Bagi saya, kalau pemimpin UMNO boleh menerima hakikat mereka tidak dicalonkan maka apalah kurangnya kepada PAS. Kita sepatutnya lebih boleh menerimanya kerana kita berjuang untuk mendapat keredhaan Allah SWT bukan kerana pangkat dan gelaran yang kita ada. Di tambah lagi kita yang memimpin sebuah perjuangan Islam dengan menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai contoh ikutan yang terbaik.

AWAS..MASA KIAN SINGKAT

Secara simboliknya, ianya menjadi ukuran kepada kita bahawa PRU telah hampir. Andainya betul semua ramalan ini, maka saya merasakan masa yang ada kepada pembangkang untuk menyiapkan semua jentera mereka adalah amat suntuk dan memerlukan tindakan yang pantas dan segera. Teruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Post a comment Tags: pru, umno

APA AGENDA KU LI?

  • Feb 12, 2008
  • Post a comment

ASSALAMUALAIKUM..

Kenalkah anda dengan Ku Li? Ya, Tengku Razaleigh Hamzah.

Mungkin kerana ingin menjadi calon sekali lagi maka, dia sanggup membodek. Dengan tujuan supaya Pak Lah memilihnya kembali. Matlamat menghalalkan cara! Setelah sekian lama membisu, Ku Li akhirnya bersuara kembali dengan menghentam  pembangkang habis-habisan. Kalau sebelum ini ucapannya dilihat seolah-olah selari dengan PAS. Kini, tidak lagi.

Apapun, mungkin beliau merasakan Gua Musang sudah tidak selamat lagi maka belangnya mesti ditunjukkan agar terbukti yang beliau benar-benar anti dengan pembangkang. Semalam pemimpin yang suka melompat parti ini, menyatakan bahawa pengalaman Parti Semangat 46 (Semangat 46) yang pernah bekerjasama dengan Pas selama dua penggal sejak 1990 membuktikan yang parti itu tidak mampu melakukan apa yang dirancang untuk rakyat, kata bekas Presiden Semangat 46 yang bacul dan tidak punya modal untuk menghentam PAS.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu banyak perkara yang melibatkan kebajikan rakyat tidak terlaksana menyebabkan rakyat naik muak dengan janji-janji yang dibuat. Tengku Razaleigh yang juga anggota Parlimen Gua Musang berkata, kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini yang berjanji akan menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan sekiranya parti itu menang dalam pilihan raya umum ke-12, merupakan satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.

Apakah buta mata dan gelap hati sehingga menafikan kejayaan PAS menjalankan banyak program kebajikan untuk rakyat antaranya Skim Kifaalah, program untuk armalah, cuti bersalin dan pelbagai lagi program yang langsung tidak terfikir oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri-negeri lain. Tidak nampakkah dia atau pura-pura tak nampak!

Post a comment Tags: umno, ku li

APABILA ARTIS MELEBIHI ULAMA

  • Feb 12, 2008
  • Post a comment

Terlebih dahulu, salam takziah di rakamkan atas pemergian Dato' Ishak Baharom ke rahmatullah. Seorang pejuang tulen, ulama yang tegas dan tentunya seorang rakyat yang bencikan hipokrasi, rasuah dan segala maksiat dalam era pemerintahan kini. Beliau rela dipecat dari jawatan demi kerana mempertahankan akidah perjuangan. Setelah  menyertai pembangkang, namanya kian dilupakan.

Soalnya siapa yang peduli tentang beliau? Laporan kehilangannya hanyalah di sudut kecil dada akhbar seumpama satu laporan biasa mengenai kematian seseorang. Sebagaimana kita maklum, pada tarikh yang sama juga, seorang penulis lirik, artis, pelakon terkenal juga kembali ke rahmatullah.

Bagaikan dijangka, semua media massa membuat pengumuman rasmi disertai tangisan setiap warga seni serta peminat berkenaan kehilangan permata dalam bidang seni yang kononnya sukar dicari ganti. Sedangkan, siapa peduli walaupun seorang bekas mufti meninggal dunia? Siapalah mufti atau ulamak di mata masyarakat kita?

Lupakah kita pada satu hadis yang menyatakan apabila matinya seorang ulama, maka pergilah ilmu itu dan kepandaian yang dipelajarinya bersama jasadnya. Golongan yang tinggal ini, jika tidak menguasai ilmunya kini hilang tempat rujukan, maka jalan ke arah kejahilan mula tampak. Apabila tiada tempat rujukan maka kejahilan mula berleluasa. Hukum-hakam ditafsir secara membuta tuli dan sebagainya. Itulah antara cara bagaimana Allah mengangkat ilmu, iaitu dengan cara mematikan para ulamak.

Tidakkah ini satu tanda jelas pengakhiran dunia? Siapa sedar akan hakikat ini? Atas dasar itulah tiada yang menangisi pemergian ulamak sedangkan berapa ramai yang kelam-kabut dengan pemergian seorang insan seni? Tanyalah anak-anak kita hari ini dan kita akan dapati hampir semuanya arif tentang artis, bila tarikh lahirnya, siapa pasangannya, apa saja biodata artis pastinya mereka tahu. Tapi, berapa ramai anak-anak kita tahu tentang ulamak? Kitab apa dan ilmu apa yang didalami ulamak tersebut?

Ketahuilah semua, bahawa antara tanda kiamat itu adalah apabila masyarakat mula memuja-muja artis.

Post a comment Tags: artis, umno, ulama

SILAPNYA..UNDI BESAR DIBERI KPD MEREKA..

  • Feb 8, 2008
  • Post a comment

Sumber, Harakah Daily

 

(......) Menurutnya, mandat yang terlalu besar ini menjadikan mereka korup dan tidak menghiraukan permasalahan rakyat. Mereka tidak hiraukan kebajikan rakyat, tak endahkan sengsara rakyat, tak ambil peduli masalah kenaikan harga barang, yang mereka fikir dalam PRU rakyat akan tetap mengundi mereka.

 

salahuddin ayub
salahuddin ayub

"Wakil-wakil rakyat Umno/BN menggunakan mandat rakyat yang besar ini untuk kepentingan politik dan peribadi mereka," Salahuddin mengingatkan para hadirin bahawa orang-orang Melayu telah melakukan kesilapan besar dalam politk apabila memberikan mandat kepada Umno walhal nasib bangsa dan agama langsung tidak dipedulikan.

 

"Berbeza dengan bangsa lain seperti Cina dan India, mereka bijak dalam berpolitik. Mereka mampu bersatu menuntut hak bangsa, agama dan budaya mereka tanpa mengira perbezaan politik.

 

"Apa jadi dengan bangsa Melayu? Hasil pemerintahan Umno, hak-hak orang Melayu semakin terhakis satu persatu. Kita hilang biasisiwa, hilang Sekolah Agama Rakyat, hilang tulisan Jawi, kita hilang akhbar Utusan Melayu. Katanya lagi, "Jangan pandang remeh matinya Utusan Melayu ini, ertinya bangsa Melayu dah hilang separuh badan. Hasilnya generasi sekarang buta Jawi. Buta jawi ertinya buta al-Quran," jelasnya.

.

Post a comment

LANGKAH PERTAMA..

  • Jan 29, 2008
  • Post a comment

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Blog ini berjaya juga diwujudkan sebagai kesinambungan kepada laman DPPKK yang asal. Ianya juga merupakan satu langkah permulaan untuk mencatatkan segala pemikiran, aktiviti, idea pimpinan. Disamping itu juga segala kezaliman, kedurjanaan & kejahatan UMNO akan di selongkar satu persatu.

Semua bahan-bahan berita dan bacaan lainnya yang didatangkan dari pelbagai sumber sebagai maklumat, khusus untuk memastikan bahawa para pembaca dapat mengetahui isu - isu semasa dari dalam dan luar negara.

Namun begitu, semua artikel yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendirian DPPKK kecuali ianya dinyatakan. Wallahu’alam


Post a comment Tags: umno, pru 12
P.024

About Me

P.024
View my profile

Links

  • HarakahDaily.Net

    HarakahDaily.Net

    http://www.harakahd...

    KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Ra...

View more of my links

Tags

  • alham
  • artis
  • batas
  • dap
  • dvd
  • harakah
  • hishamuddin
  • ke
  • mati
  • menteri
  • phentom voters
  • pkr
  • pru
  • pru 12
  • singapore
  • tahu
  • ulama
  • umno
  • umum

View my tags

Archives

  • February 2008 (9)
  • January 2008 (1)
  • 2008 (10)

Subscribe

  • Subscribe to a feed of these posts
  • Powered by Vox
  • Theme designed by Naoto Kishi
  • Use this theme
  • Home
  • Explore
  • Tour Vox
  • Start a Vox Blog
Already a member? Sign in

Back to top

View Vox in your language: English | Español | Français | 日本語

Brought to you by Six Apart, creators of Movable Type, Vox and TypePad.
Six Apart Services: Blogs | Free Blogs | Content Management | Advertising

Vox © 2003-2008 Six Apart, Ltd. All Rights Reserved.
Help | Learn More | Terms of Service | Privacy Policy | Copyright | Advertise | Get a Free Vox Blog

Loading…

Adding this item will make it viewable to everyone who has access to the group.

Adding this post, and any items in it, will make it viewable to everyone who has access to the group.

Create a link to a person
Search all of Vox
Your Neighborhood
People on Vox

(Select up to five users maximum)

Vox Login

You've been logged out, please sign in to Vox with your email and password to complete this action.

Email:
Password:
 
Embed a Widget
Widget Title: This is optional
Widget Code: Insert outside code here to share media, slideshows, etc. Get more info
OK Cancel

We allow most HTML/CSS, <object> and <embed> code

Processing...
Processing
Message
Confirm
Error
Remove this member